Friday, February 21, 2014

Syarat Kemasukan Diploma Sains Kejurulatihan University College Shahputra

PILIHAN 1 : KEMASUKAN DENGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA / VOKASIONAL (SPM/SPMV)


  • Lulus SPM/SPMV dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dan mana-mana dua matapelajaran lain
  • Lulus Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
  • Lulus Ujian Kecergasan sebelum menyertai program


PILIHAN 2 : KEMASUKAN DENGAN PRA-DIPLOMA / SIJIL / MATRIKULASI / KELAYAKAN SETARA

  • Lulus Pra-Diploma / Sijil / Matrikulasi atau mana-mana kelayakan setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Lulus Ujian Kecergasan sebelum menyertai program

DIPLOMA SAINS KEJURULATIHAN





Program Diploma Sains Kejurulatihan ini dibentuk khas untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan, perguruan, pengurusan atau pelatih peribadi.

Pelajar bakal didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam sains sukan dan kejurulatihan dalam bidang anatomi, fisiologi senaman, kepimpinan, dan sains kejurulatihan. Program ini juga melengkapkan lagi pelajar dengan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam bidang pengurusan. Selain itu, objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan piawai akademik tercapai dan menjadi program bertaraf dunia, agar di masa akan datang pelajar-pelajar ini mampu menyambung pengajian dalam bidang sarjana muda yang ditawarkan di dalam atau di luar negara. Program ini juga memberi peluang pekerjaan yang sangat meluas.

Sains Kejurulatihan adalah bidang aplikasi sains sukan di mana merangkumi ilmu anatomi dan fisiologi, biomekanik, kecederaan sukan dan pemulihan, fisiologi senaman dan bidang-bidang lain yang melibatkan sains dan sukan dalam bidang kejurulatihan.

Program ini memberi jalan kepada pelajar lepasan SPM dengan pencapaian yang bersesuaian untuk menyambung pengajian dalam bidang Diploma Sains Kejurulatihan. Oleh itu, Universiti Kolej Shahputra adalah salah satu institusi yang menawarkan pengajian diploma untuk membantu siswazah Malaysia meningkatkan peluang pekerjaan sama ada di dalam atau luar negara. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membentuk dasar ekonomi baru di mana mampu meningkatkan produktiviti negara dengan membiayai siswazah berilmu dan berdaya saing.

Diploma Sains Kejurulatihan membentuk pengetahuna fizikal dan kemahiran yang bersesuaian untuk kemajuan pelajar di tempat kerja.  Ia mampu melengkapkan pelajar untuk peluang pekerjaan dalam bidang yang berkaitan.